My Starfish Foundation - KHIDMAT KOMUNITI 1.O
<   Back
Funding
 |  0 day Left     |     0 Supporters     |     0 Favourited      

KHIDMAT KOMUNITI 1.O

Quality Education

Program ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Exco Keusahawanan Kolej Rafflesia sesi 2017/2018 yang akan diadakan pada 6 Oktober 2018 di Kampung Tanjong Bundong, Jalan Dato Muhammad Musa, 93400, Kota Samarahan, Sarawak.Program ini bertujuan untuk memupuk kepekaan dan penglibatan mahasiswa dalam menyumbang bakti serta bantuan khidmat sosial kepada masyarakat luar bandar. Bersesuaian dengan konsep “ Jelajah Komuniti” , program ini diharap dapat dijadikan suatu anjakan paradigma buat mahasiswa untuk meneruskan perjuangan dan memperlihatkan kesungguhan dalam usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Dalam usaha untuk menjayakan program ini, adalah amat penting untuk setiap mahasiswa yang terlibat untuk menerapkan semangat setia kawan, semangat bekerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi, dan semangat bertoleransi bagi mencapai objektif Program Khidmat Komuniti 1.0.

avatar
University/College
RM 0.00
Goal: RM 1.00
Fund Approved by MSF: RM 2,000.00

Overview of Issue / Background

Program ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Exco Keusahawanan Kolej Rafflesia sesi 2017/2018 yang akan diadakan pada 6 Oktober 2018 di Kampung Tanjong Bundong, Jalan Dato Muhammad Musa, 93400, Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini bertujuan untuk memupuk kepekaan dan penglibatan mahasiswa dalam menyumbang bakti serta bantuan khidmat sosial kepada masyarakat luar bandar. Bersesuaian dengan konsep “ Jelajah Komuniti” , program ini diharap dapat dijadikan suatu anjakan paradigma buat mahasiswa untuk meneruskan perjuangan dan memperlihatkan kesungguhan dalam usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Dalam usaha untuk menjayakan program ini, adalah amat penting untuk setiap mahasiswa yang terlibat untuk menerapkan semangat setia kawan, semangat bekerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi, dan semangat bertoleransi bagi mencapai objektif Program Khidmat Komuniti 1.0.

Project Objectives (Vision & Mission)

3.1 Menanam semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa dalam menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar.

3.2 Menerapkan sifat prihatin dan empati dalam kalangan mahasiswa terhadap kebajikan penduduk kampung.

3.3 Menjalinkan silaturahim yang berterusan antara UNIMAS dan para penduduk Kampung Tanjung Bundong

Expected Project Result & Outcomes

Pihak kami berharap agar program agar hasrat kami untuk mengadakan dan juga permohonan peruntukkan untuk program ini mendapat sokongan dan kebenaran dari pihak tuan agar dapat dilaksanakan dengan jayaanya. Dengan mengadakan program ini, kami berharap agar dapat mengeratkan lagi ukhuwah UNIMAS dengan komuniti setempat dan juga dapat menerapkan nilai bersatu padu dalam peserta yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung. Segala kerjasama dan bantuan semua pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

You can leave a comment to support your favourite students' project after you donate for the project.
RM 0.00

0% of RM1.00 Goal

  0 Supporters
  0 Days Left